~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-May-2006 00:34 Email | Share | Bookmark
KARIPAP DAN PUTERI AYU...

kelim acuan...
kelim tangan..failed!
hias skit biar berseri...
bahan import...
kelapa kering saja...mana nak dpt yg segar!
bolehlah...
Quote:
Dah kempunan nak makan karipap terpaksa membuatnya walaupun ini kuih yg paling tak suka buat...makan suka la....setelah mendapat galakan padu dari orang Kobe....arigato ne ...akhirnya merajinkan diri masuk lab dan seronok pulak rasanya....next time boleh try karipap pusing pulak..sensei online dah ada.... selang 2 hari berikut cubaan eksperimen kuih puteri ayu dari Masakan Alaf 21..ok juga walau tak segebu yg diinginkan..maklumlah cubaan pertama...untuk diperkenalkan kepada orang Jepun...pertama sekali orangnya tak lain tak bukan sensei Nihongo ibu...Chihiro sensei...oishii sokmo..betul ker tidak..taktau la!



Untuk memenuhi permintaan kak Tina...cuba jangan tak cuba!
KUIH PUTERI AYU ALAF 21

2 biji telur
160 g gula kaster
1 camt Quick 75
200 g tepung gandum
100 ml susu segar
1 camt pes pandan
sedikit pewarna hijau
80 g kelapa parut putih } campur
2 camt tepung jagung }

Pukul telur dan gula hingga sebati. Masukkan Quick 75 dan pukul hingga gebu. Bubuh tepung berselangseli dengan susu dan putar hing-ga ringan. Masukkan pula pes pandan dan pewarna hijau. Tekan sedikit campuran kelapa-tepung jagung ke dalam acuan plastik yg sudah dilengser sedikit minyak. Sudukan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20-25 min atau hingga masak. Terbalikkan kuih dan sajikan.

Pastikan adunan dipukul sampai gebu supaya ia kekal lembut selepas dikukus. Jangan kukus terlalu lama, terus angkat selepas ia mengembang dengan perlahan lahan supaya air tidak menitik.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net