~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Dec-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Kelas masakan...

puan2...ni dia antara bahannya!
chef tgh menguli tepung...
kasi glamour skit...
tepung atta...takakatta ne!
3 ekor ayam siap dipotong...
ambik jangan tak ambik...
tepung biasa...
tepung atta...
tu dia chef tgh turunkan tips..cepat salin!
cara potong tomato...
air ayam hampir kering...
cara nak balikkan...
yatta...boleh rasa dah,chef bagi green light!
cara nak ambik...jangan berebut!
laku..kejap sold out!
terus kena praktikal...
buat betul2..chef dok ambik markah!
cara nak uli...
anak2 murid yg tekun...
dah masak kari ayam ala Pakistan...
bukti kehadiran...
sementara tuh anak ibu dah jadik ultrawomen!
juga abang long...ultraman!
segala umpan yg ada...
Quote:
Menu: 2 jenis Capati dan 3 ekor lauk kari ayam Pakistan(ikut suka jer bagi nama... )
Chef: Pakistan mari...Brother Naveed
Bayaran: 500 yen satu kepala.
Tempat: Rumah saudari Mariam di Kamegawa.
Jam:Dari 2 petang sampai rasa nak balik....jangan marah yer tuan rumah!

Quote:
Capati:

Tepung capati diuli dengan sedikit air sejuk sehingga tidak melekat
ditangan(kalau ikut pengalaman tak rasminya 400gm tepung dengan 150
cc air dan boleh dapat dlm 10 keping dan lauk ayam tuh kurangkan buat sekor jer) lalu diambil sedikit(agak2 saiz satu genggam) dibentuk
bulat kemudian dileperkan lalu disapu tepung sedikit dan boleh
dicanaikan agak sederhana ketebalannya.
Bakar diatas api sederhana sehingga masak.Kalau dah jozu boleh
gunakan api garang...petua cheflah nih!

Bahan untuk kari ayam Pakistan:

3 ekor ayam dipotong kecil2
4 biji bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih dipotong kasar
3 biji tomato saiz besar dipotong kasar
2 1/2 s/b chicken masala +2 s/b tandoori masala (alternatif kepada
rempah kari kurma pakistan,lagi sedap kalau ada)
3 s/b chili powder
sedikit kulit kayu manis dan buah pelaga
sedikit yogurt kalau ada

Caranya:

Panaskan minyak dan masukkan ayam dan sambil balik2 kan sehingga
agak kering airnya.
Masukkan pula bawang putih,rempah ratus dan bawang besar dan masak
sehingga bawang agak hancur sambil dikacau rata.
Baru masukkan chili powder dan dikacau rata.
Kemudian masukkan garam dan perlahankan api.
Masukkan pula chicken masala dan tandoori dan masak sebati baru
boleh ditambah air panas ikut kepekatan yang dikehendaki.
Akhir sekali masukkan tomato sehingga agak hancur dan siap boleh
dihidang panas dengan capati.

Alhamdulillah hajat nak belajar capati pure Pakistan tercapai walaupun ada ketidakcukupan bahan namun tetap bersemangat belajar ,menyalin dan mengambil gambar sebagai bukti kehadiran...chef yang berkaliber jugak Brother Naveed nih sebab banyak tips diberi kepada kaum ibu...
Semua ahli puspanita bersemangat nampaknya belajar dan juga makan sama2 ...tak terkecuali cik abe masing2 ...sampai habis tepung diuli untuk praktikal secara terus,lain kali boleh kite buat kelas lain pulak yer dengan menu yg best2 ,nak gilir rumah pun boleh asal kelas berjalan lancar!
Akhir sekali terima kasih tak terhingga kepada pihak penaja selaku tuan rumah yang meyediakan bahan2 utk kelas masakan dan juga minum petang serta barang mainan/umpan utk anak2 supaya tidak menganggu kerja kaum ibu kat dapur...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net