~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Apr-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Glamournya...

Lihat dressingku...
'bak artis glamour'...
Quote:
Nak cerita punyalah glamornya si N*** K*****. Banyak sudah panggilan telefon diterima semata-mata sumenya dah berkenan dengannya .Pastinya mereka nak berkenalan lebih rapat lagi dengan Si NK(short name arr).Berkali-kali pulak tuh,ada yang nak kenal melalui emel dan YM pun ada.

Entahlah dulu masa kat Mesia tak glamor camni tapi sekarang menjadik-jadik pulak,ramai peminat.Mungkin disebabkan warna kulitnya yang asalnya putih
menjadisedikit kekuningan ataupun sebab dressing yang mengancam jiwa dan naluri sesiapa yang memandangnya. Masa di Mesia dia suka sangat melepak di pasar malam...namun ramai pulak dok beratur nak jumpa!

Ada yang dah cuba me'nakle'...beberapa kali...hasilnya pastilah bagus maklumlah dah jadik macam artis popular....saham pun tengah laku! Setakat nih belum berpeluang mengambil gambarnya sebab dia malu-malu kucing lagi.Jumpanya pun dulu masa sampai kat Jepun sebab ada open house kat Gyotoku,rumah Lina, my statemate.

Memang mengancam dressing...pakat telan air liur jer tgk dari jauh...sume rasa nak cepat2 pegang dia.Ahh...malu apa kalau dah berkenan nanti kempunan,melepas....Mungkin besok kuar la picnya kalau dapat snap...tau sajalah kalau dah popular nih sekejap ada sekejap tgk dah takde...

Kesian kat peminat dia kalau tidak dapat berjumpa...susah nak tunggu appointment lain....berjam-jam pulak tuh nak menunggu dia bersiap.Nak melawa saja,tapi syok kalau dia full dressing...bapak orang pun boleh telan air liur! Tak gitu my hubby???

Mesej to Korok: Boleh jadik anak murid tak???
Quote:
NASI KERABU BUKIT MARAK
(cadangan hidangan 4-6 org)

Nasi kuning@Biru:

-4 pot beras Siam, kalau ada beras Basmathi lagi cantikkk...
-Sebatang serai yg diketuk, jangan lebam udah le...
-1 sudu kecil serbuk kunyit(nak warna kuning,ikut warna serbuk
kesukaan la...yg biru seeloknya guna bunga talang..tapi tak kenal pun..guna serbuk ja)
-2 helai daun limau purut saje ,jgn taruk daun lain nantikan
poning...
- air ikut jenis beras, elok2nya jangan kasi lembik.
-sedikit garam.


caranya taruk je sume bhn tu sekali...kacau skitt dah boleh dimasak.

Sambal Tumis: (pekat baru sedappp)

-10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit
-1 tin santan/sebiji kelapa
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor

*Untuk memasak sambal tumis*

-bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang
agak banyak utk menumis .Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa
garam,gula dan masak agak pekat,baru kaw2 punye! Juga boleh taruk
budu sesudu baru ngam.

*untuk sambal ikan*

-2 ekor ikan kembong(bakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg. merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp...

*untuk ulam2nya, tgk situasi kat mana anda berada!

-taugeh,kacang panjang,timun batang,kubis,bunga
kantan, daun kesum,pucuk putat,pucuk ketereh dan ada lagi segala
mcm ulam lagi daa....paling sedap dan utama... daun serai kayu...lamanya tak pekena!


*bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak
pedas) Lagi satu perah asam limau nipis skitt...dalam budu dan juga
taburkan kerepok atas nasi. Boleh dimakan dengan ikan goreng celup
tepung,daging bakar, ayam goreng,telur asin,solok lada sebagai
pilihan.(lagi byk lauk lagi sodap..teringat kat kg cengini)

*nota kaki*ikut situasi anda berada la kan...
ikan boleh ganti ikan saba/mackerel atau pun ikan aji kalau di jepun...huhu



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net