~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Dec-2007 02:47 Email | Share | Bookmark
Sesekali ku rasa teringin...

 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
Makan nasi dagang walau di petang hari....terpaksa ler masuk dapur dan "bersilat"..bak kata org Kobe...

Quote:
Tq Pak Teh bawakan kita orang 3 biji durian...maklumlah seisi rumah "hantu durian"...Kakak tak padan ngan kecik2...dia paling kuat makan...habis kami kerjakan...ratah dan buat pengat cicah roti...pergggggghhhh..sedap tak hingat...sbb baru 2 kali jumpa siraja idaman sejak balik ni! Nanti bawa lagi naaaaa....kalau jumpa org jual durian kat tepi2 jalan.....hehehehe



Quote:
Nasi Dagang Puteri Saadong
*sesuai utk hidangan 4-6 0rang*
1 cawan pulut +3 cawan beras nasi dagang jika tiada gantikan dgn 3 cawan beras pulut + 1 cawan beras biasa
1 biji kelapa(seeloknya diperah gunakan kain putih jarang utk dapatkan santan pekat) :bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).

10 ulas bawang merah-dimayang halus
2 cm halia-dimayang halus
1@2 sudu kecil halba
garam dan gula pastikan secukup rasa
Cara:
Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 4 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Gulai kunyit lengkuas ikan tongkol

1 ekor ikan tongkol yg sederhana saiz yg dipotong kecil ,dibersih dan direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam.
1 biji kelapa/ambik stn agak pekat
10 biji bawang merah@1/2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering ikut suka kepedasan
1 cm lengkuas
2 cm kunyit
1,2 asam keping
3 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2 atau portong 2)
1 batang timun dipotong memanjang
Sedikit garam dan gula atau nise kelate.

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau,timun juga asam keping dan rasakan garam gula.Biarkan agak lama sedikit sehingga sayur2 tadi dah masak.Lebih pekat lebih sedap kuahnya…

Sambal kelapa:

-2 ekor ikan kembong/selayang sederhana saiz(bakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut/kering

Caranya:
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..

*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net