~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Feb-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Pempek Palembang

bungkuskan telur rebus...anggaran 150 gm isi ikan setiap 1!
dpt 4 bebola...
siap direbus dan digoreng
 
lebihan jadikan kerpok lekor...
sediakan dressingnya...
selepas dipotong kecil2...
sediakan kelengkapannya...
boleh dimakan...
Yang akan dipopularkan di Beppu...tentu sekali bila balik Malaysia nanti juga...Alhamdulillah berkat berguru..anak murid cepat skit terang hati...kekeke...eksperimen yg dibuat minggu lepas tapi ada pengubahsuaian supaya lebih rasa isi ikan dari tepung(rasa mmg macam kerpok getel)...seronok mencuba..lebih seronok dapat hasil memuaskan....insya-alllah jadik menu pilihan keluargaku!
Quote:
Bahannya:
500 gm ikan tengiri @sawara paling sedap atau campuran ikan(iwashi(tamban),saba(mackerel),sawara di jepun..jika ada lebihan dari 500gm bentukkan seperti keropok lekor )
100 gm tepung ubi @ katakuriko(di jepun saja)
1 biji kuning telur
1 ketul kiub perisa bilis Maggie @ayam (optional)
1 s/k garam
4 biji telur rebus

Sosnya:(disatukan kesemua bahan dan dimasak hingga agak kelihatan pekat)

1/2 liter air
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
sedikit cili merah atau cili padi @cili kering digoreng(tumbuk halus)~kepedasan ikut kesukaan.
5 ketul gula merah atau kurozato kalau di jepun
3 s/b cuka
gula pasir & garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
sedikit tepung jagung sebagai pemekat jika mahu(dicampur air).

Dressingnya:(jika suka...juga sedap dimakan tanpa dressing)
250 gm mee kuning
1 biji mentimun,di potong dadu atau panjang ikut suka
sedikit udang kering yg digoreng tanpa minyak dah ditumbuk halus/blender kering

Caranya:

1)Ambil isi ikan sahaja atau beli yg minced. Haluskan isi ikan menggunakan food prosessor.Masukkan telur kuning,kiub bilis dan juga garam,adun sebati.

2)Tambah hanya sedikit air sejuk untuk mengadunnya.Tambah tepung sedikit demi sedikit dan diadun sehingga tidak melekat di tangan dan boleh dikepal.

3)Bahagikan kepada 4 ketul dan leperkan untuk diisi telur rebus lalu dibungkus rapi seperti bebola tapi agak besar.Lebihan isi ikan tadi boleh dibentuk ala kerpok getel.

4)Didihkan air dan rebus kesemua bebola tadi seperti proses membuat kerpok lekor sehingga terapung lalu toskan sebentar sebelum digoreng dgn minyak yg banyak.Tos lagik.

5)Potong bebola ni kepada 8 bahagian setiap satunya.

Hidangkan bersama mee,timun dan taburkan serbuk udang kering lalu diletakkan sos diatasnya.


p/s:khas utk kak fazi....senang ja kak...cubalah.. cam kerpok getel..abg Zaid mesti suka tu!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net