~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Feb-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Yong Tau Foo

oden setto jerk
rebus sekali ngan kuah
 
 
Yong tau Foo tiada di sini..apatah lagi dinegara orang...jika hendak tentunya seribu daya jika tak hendak pun pasti seribu dalih...akhirnya boleh juga sebenarnya dibuat sendiri menggunakan bahan mengikut kesesuaian...kira memenuhi selera buat pertama kali..anak2 pun setuju...bolehlah dibuat lagik.Untuk yg ingin mencuba...cuba jgn tak cuba!
Quote:

Bahan2 Asasnya:
1 paket Oden Setto,1 paket aburage, 6 sosej Sadia@AZHAR,6 bendi dan daun mizuna(pengganti kankung).Tambahan jika ada telur puyuh rebus,filamen crab stick(tak sempat cari dah..huhuhu)

SUP UTK YONG TAU FOO(*resepi berdasarkan 3 resepi yang diubahsuai ikut citarasa dan kesesuaian bahan di Jepun)
1 liter air
1 kiub pati ikan bilis
2 camb stok pekat ayamoptional)
2 cm halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
garam secukupnya
1 camt gula pasir
Jerang semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam. Tapis air rebusan dan gunakan sebagai sup.(Saya masukkkan dan rebuskan kesemua bahan asas diatas)

SOS CILI UTK YONG TAU FOO:
8 biji cili kering, dibuang biji(digoreng dengan minyak)
2 s/b bijan goreng
100 ml cuka
1 s/b kicap pekat
3 camb gula atau gula melaka @kurozato(di jepun saja)
garam secukupnya
sedikit belacan bakar
1 s/b sos tiram
sedikit tepung jagung sebagai pemekat

Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, bila agak pekat ketepikan dari api.
Bolehlah dimakan panas2 gitu!




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net