~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Jan-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Si John dah datang

 
 
 
Quote:
Sebelum ni asyik jumpa di pasar malam aja...teringat main tunjuk2 di Pasar Malam Sg.Sekamat,Sg.Ramal,Sg.Chua...Alhamdulillah dapat jumpa Cik Roti John hari ni utk b/fast...setelah begitu lama menghitung hari...pilihan inti sardin untuk cubaan eksperimen 1....lain kali boleh wat inti daging (rasanya ada org janji nak bikin..hehe)lak...gemuk2 aja rotiku maklumlah belum pandai nak uli panjang2 yg betul2 macam Roti John...hehehe...reka ajalah...janji untuk lepaskan kempunan!


Quote:
Bahan-bahan:(Masukkan ke dalam bread maker yang menguli selama 1 1/2 jam)
400 gm tepung roti
2 s/k yis
5 s/b gula
1 s/k garam
2 s/b susu tepung
1 biji telur(saiz M)
50 gm butter
190 ml air suam

Selepas selesai ulian,bentukkan doh seperti roti Hot Dog..saiz bergantung ikut suka besarnya!Biarkan doh mengembang sekali ganda lagi lalu dibakar pada suhu 200 darjah selama 25 minit.Untuk kali kedua bakar kurangkan suhunya yer!

*Spray dengan air untuk permukaan yg smooth diatasnya sebelum dibakar*
*Kalau ulian tangan kurangkan sukatan air sedikit*
Hirisan timun dan juga salad hijau yang fresh gitu
sos cili manis Roza+sos cili Maggie+sos tomato
mayonis
Inti Sardin:
1 tin kecil sardin Cap Ayam(sedap weih) ……..hancurkan isinya
1 labu bawang besar…potong dadu kecil
3 biji cili merah………..cincang halus(optional)
4 biji telur………………pukul skit(+ sedikit white pepper)
garam secukupnya

Cara:
1. Gaul rata semua bahan.
2. Sapukan sedikit butter (gunakan kuali tak lekat) dan sendukkan adunan sardin dan tutupkan dengan roti hot-dog yg dah dibelah tadi.
3. Biarkan garing skit dan angkat.
4. Masukkan hirisan timun dan salad fresh serta sos cili & mayonis
5. Enak dimakan semasa panas.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net