~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jan-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Kelas memasak~siri 2

kicap utk oden...
serbuk dashi khas...
oden...kantan desu ne...rebus ja!
bahan utk pempek...
lagik..
dan lagik...
lagi sedap...
telur rebus dibungkus rapi...
direbus,digoreng...
ini dia pempeknya...
potong2 kecil..letak sosnya!
sementara tu pembikinan kulit pie ...
belum solek lagik..
aha dah cantik gitu...
yg ni kelim versi karipap tepinya...
siap dibakar...
jom makan2 pulak...oishisou!
Quote:
Kali ni jadi tuan rumah untuk main masak2 musim sejuk ni...best2 makan ramai2 ...ingatkan 2 menu rupanya Ibu Lita berbesar hati tunjukkan 3 menu sekali gus!Menunya Oden(Japanese food),Pempek(Indonesian food) dan Apple Pie(Ala Western la).



Quote:
PEMPEK IBU LITA
Bahannya:
500 gm ikan tengiri atau campuran ikan(iwashi,saba,sawara di jepun..jika ada lebih bentukkan seperti keropok lekor )
100 gm tepung ubi @katakurikod
1 biji kuning telur
1 ketul kiub perisa bilis Maggie @ayam (optional)
1 s/k garam
4 biji telur rebus

Sosnya:(disatukan kesemua bahan dan dimasak hingga agak kelihatan pekat)
1/2 liter air
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
cili merah atau cili padi @cili kering digoreng(tumbuk halus)
5 ketul gula merah(kurozato)
3 s/b cuka
sedikit gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
tepung jagung sebagai pemekat

Dressingnya:
250 gm mee kuning
1 biji mentimun,kupas potong dadu
sedikit serbuk udang kering yg digoreng tanpa minyak

Caranya:
1)Haluskan isi ikan mengguankan food prosessor.Masukkan telur kuning,kiub bilis dan juga garam,adun sebati.
2)Tambah hanya sedikit air sejuk untuk mengadunnya.Tambah tepung sedikit demi sedikit dan diadun sehingga tidak melekat di tangan.

3)Bahagikan kepada 4 ketul dan leperkan untuk diisi telur rebus lalu dibungkus rapi seperti bebola tapi agak besar.

4)Didihkan air dan rebus kesemua bebola tadi seperti proses membuat kerpok lekor sehingga terapung lalu toskan sebentar sebelum digoreng dgn minyak yg banyak.

5)Potong bebola ni kepada 8 bahagian setiap satunya.

Hidangkan bersama mee,timun dan taburkan serbuk udang kering lalu diletakkan sos diatasnya.

Quote:
APPLE PIE (acuan 22 cm)

Bahan-bahan:

150g butter Hokkaido( beku)
200g tepung gandum(sepatutnya 150 tpg gandum+50 gm tepung roti)
1/2 s/k gula
secubit garam
sedikit saja air sejuk dari peti seeloknya

Inti:
4 biji epal hijau di potong-potong dadu(gunakan renji dlm 8-10 minit utk lembutkan)
1 sudu kecil serbuk kayu manis dan sedikit serbuk pala/nutmeg( optional )
2 s/b lemon jus
gula pasir mengikut suka kemanisannya( actually dr resepi 100 gm)
*sedikit kismis sebagai hiasan jika suka*
kuning telur untuk sapuan
Cara memasak inti:
Satu kan semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga epal empuk dan sedikit hancur. (atau yg Ibu Lita demokan hari tu just guna renji(kukus pun boleh)...selepas itu apple digaul dgn 1 s/b corn starch +2 s/b tepung gandum supaya sebati dan gaulkan dengan gula dan jus)
Ketepikan.

Untuk membuat apple pie:
Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab/wrappping dan ketepikan selama 15-20 minit didalam peti seeloknya.
.
Canai sehingga tipis dan dilipat lagi dan dicanai sehingga tipis. Sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung diatas nya .Letakkan pie dan cucukkan dengan garfu serta buang keliling mengunakan pisau atau gunting.Masukkan filling apple dan taburkan kismis jika suka. Lebihan pie tadi dicanai panjang dan dipotong jalur panjang dan boleh dijadiakan hiasan utk bahagian atas hiasannya seperti cara membuat tikar silangnya.Sapukan dengan kuning telur diatasnya...

Bakar menggunakan oven 160 -180 darjah sehingga masak (dlm 40 minit)dan agak kekuning-kuningan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net