~:::Furui Arubamu:::~

By: Sira Sain

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Dec-2007 03:59 Email | Share | | Bookmark
Omoi de ~Jemputan makan2

 
Kaori chan yg suka mkn makan..
 
View all 5 photos...
Quote:
Rumah Akiko san di Suginoi : actually kenal dia melalui sensei ibu iaitu Chihiro san...dia berminat dgn masakan Malaysia...hanya sempat 3 kali adakan kelas...dan anak dia suka sungguh fruit cocktail dan cucur udang yg dibuat masa dia dtg belajar masakan kat rumah...suka sgt bila ckp boleh tapau bawak balik...tapi biasalah dorang malu2 bila dipelawa..mungkin adat agaknya!

Tapi kali ni dia berbesar hati mengajak ibu dan anak2 berkunjung ke rumahnya....masa tu pun masa dah suntuk...adjust punya adjust....hujung August rasanya tarikh dipilih...jam 10 kami di jemput Amy san dpn rumah...lepas itu ambik sensei ibu,Chihiro dan juga kawan Filipina pulak..Jeniffer san tak jauh dr rumahnya.Dirumahnya dah menunggu kawan baiknya yg anak2 sama2 youchien/tadika..sedang masak2 dan menghias meja makan.Sebelum itu dorang dan tanya apa yg boleh dan tak boleh makan...supaya senang kami boleh makan tanpa ragu2.

Mungkin pengalaman ini agak interesting bagi ku...memang cara org jepun atau sebaliknya..habis satu sesi makan2..dihidang lagik...gosip2 pun kalah org kita juga...sib baiklah dorang boleh speaking...walaupun speakingku berterabur....gambar makanan lupa nak snap.... mungkin bercampur segan...apalah org malaysia ni....kerja ambik foto makanan...dia taktau itu peberetku..dari satu topik ke satu topik...Alhamdulillah dorang berminat nak tahu pasal Islam..pasal makanan yg kita makan....huhuhuhuhu...jenuh juga nak susun ayat...
pasal tempoh kita berpuasa dan mcm2 lagi....mmg dorang open minded...boleh bercerita la apa segi...gosip2 kat skolah pun tak kurang juga(kureng paham sbb tukar bahasa jepun daa).
Meja utk anak2 berasingan dgn meja kaum ibu....anak2 dibekalkan setiap seorang sapu tangan utk mencuci tgn...sesi pertama dihidang spageti(ada terung lagi),fruit salad(yg ni kakak suka),sandwich jam,sup kentang(chihiro yg bawa),ala popia(jeniffer yg bawa..mmg ada persamaan dgn Malaysia style) dan air kotak buah2an dan air tin.Habis makan yg ni kemas2,basuh2 pinggan.

Sesi kedua...pulak fruit cocktail..yg ni yg pernah diajar olehku...ternyata dorang menyukainya sgt2..dan juga anggur.Habis makan kemas2 lagi...basuh pinggan lagi.

Sesi ke-3 dan yg terakhir ..tea time la pulak....dgn sedikit biskut2.Masa tu dlm hati...jgnlah ada lagi sesi ke-4....den dah lotih ni .

Anak2 sudah merengek tapi nasib baik ada bilik permainan khas diatas sana nun.......nak tahu pukul berapa ku dihantar pulang...jam 5 petang(dari jam 1 aku dah membelek2 jam..nak ckp kan org yg jemput dan anto balik...kalau awal2 dah tahu...bolehlah buat persediaan mental....hehehehe..agak terkezut juga dgn pengalaman pertama ini dan juga kali terakhir bersama kawan2 jepun.Mungkin sebab itu agaknya jarang dorang menjemput tetamu datang ke rumah sebab bila sekali menjemput..ibarat..tetamu bagaikan seorang puteri yg dilayan sebaik2nya...walaupun begitu ia tetap jadi kenangan manis merasa menjadi tetamu undangan di negara orang...




Wednesday, 28-Nov-2007 02:54 Email | Share | | Bookmark
Everything food

Asam pedas keladi
capati gandum peberet cik abang
dipadan ngan kurma bonda
View all 6 photos...
SOTO AYAM PUTI MADURA
Quote:
A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. 1/2 cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. 1/2 cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. 1/2 cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 1/2 cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

insya-allah...dijamin sedapppp....cubalah!

gubahan 2 resepi memikat selera...

p/s:Sejak balik ni...tak abis2 lagi mengidam nak mkn itu dan ini....Alhamdulillah puas hati buat sendiri actually dari yg beli...


Sunday, 25-Nov-2007 02:44 Email | Share | | Bookmark
Omoi de-1

kat Shidaka..ni tgk naga dulu
bkr unggun api
 
View all 4 photos...
Quote:
Acara : Hanabi matsuri@fireworks festival...cantiknya ..indah terpahat...dentumannya dlm kenangan!
Tempat : Kamegawa,Spa beach dan Shidaka Lake

p/s:apasal gambar buh byk2 takmo kuar2...sabor jelah!


Monday, 19-Nov-2007 04:09 Email | Share | | Bookmark
Japanese Souffle Cheese Cake

lembut tak terkata
Quote:
-250 gm cheese Philadelphia
-50 gm unsalted butter
-80 gm gula
-3 biji telur kuning
-80cc fresh cream
-2 sudu kecil lemon jus
-40gm tepung roti
-3 biji telur putih
-40 gm dry fruit
- sedikit gula icing utk hiasan

Caranya:
- cheese dan butter dipukul sehingga kembang kemudian masukkan gula separuh bahagian dan dipukul lagik.
-Masukkan telur kuning sebijik demi sebijik diikuti fresh cream,lemon jus.
-pastu masukkan tepung roti dan diadun sebati.
-dalam bowl yg lain putih telur dipukul dengan sebahagian lagik gula sehingga kembang dan bila diterbalikkan ia tidak jatuh iaitu soft peak.
-Kemudian masukkan dry fruit dan dikacau sebati dengan putih telur.
-Masukkan bahan diatas kedalam adunan pertama tadi ,digaul sebati dan bakar dalam loyang yg dilapisi cling film pada suhu 160 lebih kurang 40-45 minit didalam bekas/dulang berisi air(berlapik)iaitu secara steambath.
- Bila masak ,biarkankan dulu di dlm ketuhar....kemudian keluarkan dan tepung tawarkan dengan sedikit gula icing diatasnya macm dlm gambar contoh..sori dah terlebih tepung tawar

p/s:Sempena hari istimewa bagi saya...hari ini saya nak kongsikan koleksi peribadi...resepi dari buku jepun yg saya translete dan agak2 paham sendiri..Alhamdulillah tak mengecewakan..boleh masuk list..ukt kawan2 yg nak berbisnes...saya pula..insya-Allah kalau ada rezeki suatu hari nanti!


Sunday, 18-Nov-2007 07:25 Email | Share | | Bookmark
Kelas deco cc pertamaku

tgn sensei tu..nak kenal kenal dtg menuntut!
00:00
first time tgk piping jelly
00:00
pelbagai warna yg ada...
00:00
View all 13 photos...
Quote:
Alhamdulillah bagai pucuk dicita ulam mendatang sejak pulang 2 bulan yg lalu(memang ada plan ke arah itu)...jadi student pertama mendaftar utk kelas deco...deco..deco....kali ke -3....terima kasih tak terhingga buat sensei Kak Ida di Gurney Height!!!



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net